KBAT membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Sebagai pemimpin sekolah kami memainkan peranan dalam penentuan kecemerlangan organisasi. Antara program penambahbaikan yang dilaksanakan dan membawa perubahan kepada individu dan organisasi adalah Program KBAT (Mandat KPM) Sebagai langkah pertama, kami membuat Analisis Persekitaran Sekolah dengan menggunakan SWOT seperti Rajah 1.1
Selepas membuat analisis SWOT sebagai pemimpin sekolah, pemimpin harus mengenali apakah isu berkaitan dengan KBAT serta apakah kesan terhadap organisasi tersebut, seperti Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 diatas. Setelah mengenalpasti isu harus membina visi perubahan mengikut hala tuju organisasi. Selepas itu, langkah strategik dengan menggunakan TOWS Matriks seperti di Rajah 1.3 perlu dijana Selepas membina TOWS Matrik Rajah 1.3 Matrik Ranking Rajah 1.4 harus dibina dengan memilih Program-program yang berkesan untuk guru-guru bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam kalangan Organisasi. Antara Program yang dipilih adalah ‘ Bengkel KBAT Einstein’.
Bagi memantapkan Program KBAT ini secara mendalam, terdapat pelbagai alat membuat keputusan dan teknik untuk mengenalpasti punca atau isu masalah yang dihadapi. Antara alat-alat teknik membuat keputusan adalah 5Whys, 5W 1H, Diamond Nine , Force Gield dan tulang ikan Ishikawa seperti dibawah:
Seterusnya,
Ketua Panitia boleh membina Pelan Taktikal untuk melihat keperincian program
yang dilaksanakan iatu program Bengkel KBAT Einstein dengan lebih terperinci.
Dalam Pelan taktikal (Jadual 1.1) dibawah guru dapat
mengidentitikan kumpulan
sasaran, tempoh ,kos perbelanjaan, indikator prestasi, sasaran prestasi, pihak tanggungjawab mengendalikan program,kaedah
pemantauan serta Program Kontigensi yang akan dijalankan
sekiranya program tidak dapat dijalankan sepertimana yang dirancang. Semasa
menerajui sesuatu perubahan baru dalam
kalangan guru terutama semasa melaksanakan Program KBAT dalam kalangan guru
terdapat banyak halangan dan cabaran.
Halangan dan cabaran ini perlu diatasi dengan kaedah yang positif supaya dapat
memandu ahli organisasi ke arah mencapai hala tuju visi perubahan dan Antara
halangan-halangan yang diterima semasa mengendalikan Program Kemahiran KBAT
adalah seperti (Jadual 1.2) dibawah:
Menurut
Kubler Ross, Organisasi mempunyai emosi yang berlainan apabila menerajui
perubahan dalam organisasi sendiri. Antara emosi yang dikeluarkan oleh ahli organisasi
adalah seperti penolakkan, terkejut kekecewaan,
kemurungan, ekperimen, keputusan dan intergriti. Apabila berlaku perubahan dalam PdPc terutama
dalam kemahiran KBAT, segelintir ahli organisasi menunjukkan emosi
penolakkan dimana tidak mahu menerima perubahan. Sebagai pemimpin
kami mengadakan soal selidik tentang tahap kesediaan guru dalam menanggani cabaran KBAT dalam PdPc. Bagi guru-guru yang beremosi terkejut
sebagai seorang PGB perlu
mengetahui cara mengendalikan emosi guru tersebut secara positif agar tidak membuat anggapan bahawa kemahiran KBAT adalah satu perkara yang rumit. PGB perlu
memberi peluang untuk mencari teknik penyoalan dalam kemahiran KBAT
bersama-sama dengan ahli organisasi supaya tidak berasa emosi
kekecewaan di kalangan guru semasa mengaplikasikan teknik penyoalan
kemahiran KBAT dalam PDPC. Emosi
eksperimen mengaitkan cara mencuba kaedah yang baharu dalam kalangan guru. Maka PGB perlu memberi sokongan dan bimbingan
bagi guru-guru yang beremosi ekperimen dengan dorongan dan bimbingan SISC+ . PGB
perlu membina hubungan secara herhemah dengan mendekati guru yang beremosi kemurungan dan memberi
tunjuk ajar supaya menceburi diri dalam aktiviti kumpulan tanpa mengasingkan diri. Bagi ahli organisasi
yang beremosi keputusan , PGB perlu memberi penghargaan
dan membantu mereka supaya bertindak secara aktif dan bersemangat sepanjang
masa program dijalankan. Bagi mengawal emosi Integriti
dalam kalangan guru, PGB perlu memberi ruang kepada guru supaya berkongsi idea
dan maklumat bersama-sama untuk meningkatkan kualiti guru dalam kemahiran KBAT.
Pada akhirnya, penggunaan alat
pemantauan ‘One
Page Project Manager’ (OPPM) yang ringkas dan dikandungi segala maklumat
penting mengenai program KBAT perlu disediakan. OPPM ini boleh digunakan sebagai alat untuk
memantau dan menilai perubahan yang dilaksanakan dengan berkongsi bersama pihak
pengurusan dan juga ahli organisasi yang lain. , PGB sentiasa
membuat pemantauan, mengadakan post mortem, membuat penilaian intervensi
(Pintas) serta perlu memberi bimbingan berterusan untuk guru dalam menguasai
kemahiran KBAT untuk meningkatkan kadar kemenjadian murid.
No comments:
Post a Comment