Perasaan tertekan merupakan
gangguan terhadap emosi yang sangat tidak
menyenangkan. Tekanan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu tekanan emosi dan tekanan
fizikal. Komponen emosi meliputi beberapa perasaan seperti kesedihan, kegembiraan, dan kebimbangan, manakala komponen
fizikal merangkumi pernyataan badan
seperti perasaan letih, rasa
menggeletar, dan kesukaran untuk tidur. Terdapat
tiga jenis tekanan
emosi iaitu
depressi, kebimbangan, dan marah. Depressi boleh dijelaskan sebagai
perasaan sedih, rasa tidak dihargai,
kesunyian, dan rasa terabai. Kebimbangan pula dikenalpasti
sebagai perasaan tegang, tidak tenang,
bimbang, tidak selesa,
dan perasaan terganggu. Pernyataan emosi yang ketiga iaitu kemarahan, merupakan kesan
terhadap sesuatu masalah serta mempunyai hubungan
yang signifikan dengan depressi dan
kebimbangan.
Tekanan ini boleh diuruskan menerusi dua kaedah iaitu kawalan diri dan sokongan sosial. Para pengkaji mendapati bahawa individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan wang, pengurusan rumahtangga, dan beban kerja rumah, berbanding dengan individu yang kurang berpendidikan. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah Hal ini disebabkan, kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkahlaku, emosi serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri yang tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat dielak atau dijangkakan. Sokongan sosial merupakan komitmen, sikap mengambil berat, pemberian nasihat, dan bantuan yang diberi atau diterima sebagai sumbangan peribadi seseorang kepada individu yang memerlukan.
Pendidikan yang baik amat penting dalam menjana sokongan sosial yang positif. Hal
ini disebabkan, pendidikan boleh memberi individu laluan kepada beberapa
peranan dengan jaringan bebas yang akan menyemarakkan
pelbagai potensi untuk hubungan
yang lebih menyokong atau menguntungkan.Pendidikan juga boleh membantu
individu mengekalkan hubungan yang bermakna dengan orang lain dalam kebanyakan situasi seperti pengurusan masalah, kebolehan
berbincang, serta sikap bertimbangrasa
dan bekerjasama. Dalam keadaan
yang lain pula, tahap sokongan sosial yang rendah terutamanya sokongan emosi,
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai tekanan psikologi seperti depressi, kebimbangan, dan tahap kesihatan
yang rendah.
Ketegasan–diri merupakan satu
dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan seseorang individu untuk mengawal hidupnya. ketegasan–diri adalah agen asas dalam kehidupan
seseorang. Dengan adanya ketegasan-diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan membebaskan diri daripada
pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah. Ciri utama yang mendefinisikan ketegasan-diri boleh dikenalpasti melalui
perkembangan dan
pencapaian sebelas elemen yang
saling berkait iaitu kemahiran membuat pilihan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran
membentuk dan mencapai
matlamat, kemahiran mengurus diri,
kemahiran memimpin, kawalan dalaman, sikap
positif terhadap hasil
jangkaan, kesedaran
diri, dan pengetahuan diri. Kebolehan dan kemantapan
ketegasan-diri berupaya meningkatkan
kualiti hidup dan pencapaian
pendidikan yang baik.
No comments:
Post a Comment