Thursday, February 2, 2023

Gaya Kepemimpinan Transformasi Guru Besar dan Komitmen Kerja Guru


    Dalam sesebuah organisasi, pemimpin memainkan peranan yang sangat penting kepemimpinan sebagai satu proses mempengaruhi yang melibatkan penetapan matlamat organisasi, tindakan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat serta mempengaruhi pengekalan budaya sesebuah kumpulan. Dalam pada itu, kepemimpinan juga didefinisikan sebagai satu proses yang berkaitan dengan mendapatkan individu untuk bekerjasama supaya dapat menjayakan sesuatu yang mungkin tidak berlaku tanpa pengaruhnya. Selain itu, mengikut konteks pengurusan sekolah kepemimpinan sering dihubungkaitkan dengan pentadbiran yang dijalankan oleh pengetua atau guru besar dan guru-guru penolong kanan.

Terdapat lima peranan guru besar yang mencirikan sifat kepemimpinannya iaitu;

  • pemimpin pendidikan
  • pemimpin perhubungan manusia
  • pemimpin teknikal atau juga didefinisikan sebagai jurutera pengurusan
  • pemimpin budaya yang memainkan tugas dalam menyata, menjelas dan meneguhkan    nilai-nilai, menyatakan misi dan visi sekolah dan juga memasyarakatkan ahli baru mengikut corak budaya sekolah

Pemimpin simbolik yang berperanan dalam menerapkan nilai-nilai dan objektif sesuatu perkara yang perlu dicapai, mempunyai wawasan dan menyampaikannya kepada para guru. Selain itu, sebuah badan yang dikenali ‘Interstate School Leaders Licensure Consortium’ di negara Amerika telah membangunkan standard piawaian bagi seorang pemimpin sekolah pada tahun 1996 dan dikemaskinikan pada tahun 2008.Piawaian ini adalah bertujuan untuk menggariskan tahap penyediaan, pelesenan, induksi serta pembangunan profesionalisme bagi pemimpin sekolah. Antara enam piawaian yang ditetapkan adalah;

menetapkan visi yang dikongsi oleh semua bagi tujuan pembelajaran, b) membangunkan budaya

  • sekolah dan program pembelajaran yang kondusif supaya membantu proses pembelajaran pelajar dan
  • pertumbuhan sifat profesional dalam kalangan kakitangan,
  • memastikan keberkesanan pengurusan organisasi, operasi, dan sumber-sumber bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, cekap dan berkesan, 
  • bekerjasama dengan ahli komunitinya, bertindakbalas terhadap kepelbagaian kepentingan dan keperluan ahli organisasi serta menguruskan sumber-sumber masyarakatnya, 
  • berkhidmat dengan sifat integriti, adil dan beretika f) memahami, bertindakbalas serta mempengaruhi konteks politik, sosial, undang-undang serta kebudayaan dalam organisasi 

Ringkasnya, selepas meneliti beberapa pandangan definisi dapat menyimpulkan bahawa kepemimpinan adalah kebolehan, kecekapan, dan kekuasaan yang dimiliki oleh pemimpin untuk menggerakkan ahli organisasinya demi mencapai objektif atau tujuan tertentu. Selain itu, sifat kepemimpinan yang berkesan adalah kebolehan, kewibawaan serta kebijaksanaan pemimpin dalam menguruskan kakitangan bawahannya.

          Komitmen kerja guru merupakan tingkah laku seseorang individu yang memiliki kepercayaan tinggi terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela bagi berusaha meningkatkan organisasi serta keinginan yang kukuh untuk terus menetap dan kekal dalam organisasi  komitmen adalah sikap yang menggambarkan kesetiaan pekerja ke atas organisasi dan proses yang berterusan di mana pekerja-pekerja menunjukkan keprihatinan terhadap kejayaan dan kesejahteraan yang berterusan dengan organisasi. Komitmen terhadap organisasi sebagai satu keadaan psikologi yang menjelaskan hubungan di antara seseorang individu dengan organisasinya. Komitmen kerja guru adalah sejenis sikap penting yang mampu menggerakkan pekerja. Komitmen kerja guru berkait rapat dengan tingkah laku, kehadiran harian, kehadiran secara sukarela dan juga pencapaian prestasi kerja. Proses ini melibatkan nilai, manfaat yang diperolehi serta perasaan individu berkenaan. Menurut Mowday, Peter dan Steers (1979), semakin tinggi perasaan positif terhadap pencapaian dan prestasi yang diingini semakin kuat perasaan komitmen seseorang itu. Komitmen dalam konteks sekolah pula ditakrifkan sebagai satu bentuk ikatan antara guru dengan sekolah yang mempunyai dimensi-dimensinya bagi menjelaskan perhubungan tersebut Ringkasnya, komitmen dalam organisasi adalah suatu kuasa yang mempengaruhi pekerja untuk bekerja keras dalam organisasinya, yang dipengaruhi oleh psikologi dan motivasi pekerja. Apabila subordinat atau para guru di sekolah meningkatkan tahap komitmen mereka maka penglibatan mereka dalam bidang pekerjaan turut akan meningkat. Ini akan menyebabkan para guru yang dikenali sebagai subordinat dalam organisasi akan menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi yang disandarnya.

        Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik dari seluruh dunia bagi mengukur hubungan antara pendekatan kepemimpinan dengan komitmen subordinatnya. Menurut kajian yang dilakukanoleh Yaakob Daud (2007), beliau mendapati gaya kepemimpinan, komitmen organisasi dan pencapaian akademik murid mempunyai hubungan yang signifikan. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa gaya kepemimpinan laissez-faire mempunyai hubungan yang lemah berbanding gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi. 

         Kepemimpinan yang mengutamakan keperluan dan kebajikan kakitangannya akan dapat memperolehi komitmen yang tinggi. Pendekatan kepemimpinan mempunyai pengaruh yang kuat dalam usaha mempertingkatkan komitmen subordinat. 

Ringkasnya, komitmen dalam organisasi adalah suatu kuasa yang mempengaruhi pekerja untuk bekerja keras dalam organisasinya. Komitmen ini dipengaruhi oleh psikologi dan motivasi pekerja. Apabila subordinat atau para guru di sekolah meningkatkan tahap komitmen mereka maka penglibatan mereka dalam bidang pekerjaan turut akan meningkat. Ini akan menyebabkan para guru yang dikenali sebagai subordinat dalam organisasi akan menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi yang disandarnya.

No comments:

Post a Comment