Thursday, February 16, 2023

PROSES PENYEDIAAN PERANCANGAN STRATEGI BAGI PROGRAM PEMANTAPAN KOMPETANSI KBAT DALAM KALANGAN GURU-GURU

           KBAT membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Sebagai pemimpin sekolah kami  memainkan peranan dalam penentuan kecemerlangan organisasi. Antara program penambahbaikan yang dilaksanakan dan membawa perubahan kepada individu dan organisasi adalah Program KBAT (Mandat KPM)  Sebagai langkah pertama, kami membuat Analisis Persekitaran Sekolah dengan menggunakan SWOT seperti Rajah 1.1

        Selepas membuat analisis SWOT sebagai pemimpin sekolah, pemimpin harus  mengenali apakah isu berkaitan dengan KBAT serta apakah kesan terhadap organisasi tersebut,  seperti Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 diatas. Setelah mengenalpasti isu  harus  membina visi perubahan mengikut hala tuju organisasi. Selepas itu,   langkah strategik  dengan menggunakan TOWS Matriks seperti di Rajah 1.3 perlu dijana Selepas membina TOWS Matrik Rajah 1.3  Matrik Ranking Rajah 1.4 harus dibina dengan memilih Program-program  yang berkesan untuk guru-guru bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam kalangan Organisasi. Antara Program yang dipilih adalah ‘ Bengkel KBAT Einstein’.


Bagi memantapkan Program KBAT ini  secara mendalam, terdapat pelbagai alat membuat keputusan dan teknik  untuk mengenalpasti punca atau isu masalah yang dihadapi. Antara alat-alat teknik membuat keputusan adalah 5Whys, 5W 1H,  Diamond Nine , Force Gield dan tulang ikan Ishikawa  seperti dibawah:        


      Disini kita boleh melihat guru telah menggunakan alat 5WHYS untuk mengenali punca-punca masalah dengan lebih terperinci. Seterusnya, guru menjana strategi penyelesaian masalah dengan menjana Jadual Penjanaan Alternatif untuk memilih Program yang sangat berkesan bagi meningkatkan kemahiran KBAT . 


Seterusnya, Ketua Panitia boleh membina Pelan Taktikal untuk melihat keperincian program yang dilaksanakan iatu program Bengkel KBAT Einstein dengan lebih terperinci. Dalam Pelan taktikal (Jadual 1.1) dibawah guru dapat mengidentitikan kumpulan sasaran, tempoh ,kos perbelanjaan, indikator prestasi, sasaran prestasi,  pihak tanggungjawab mengendalikan program,kaedah pemantauan  serta  Program Kontigensi yang akan dijalankan sekiranya program tidak dapat dijalankan sepertimana yang dirancang. Semasa menerajui sesuatu perubahan baru  dalam kalangan guru terutama semasa melaksanakan Program KBAT dalam kalangan guru terdapat banyak  halangan dan cabaran. Halangan dan cabaran ini perlu diatasi dengan kaedah yang positif supaya dapat memandu ahli organisasi ke arah mencapai hala tuju visi perubahan dan Antara halangan-halangan yang diterima semasa mengendalikan Program Kemahiran KBAT adalah seperti (Jadual 1.2) dibawah:




Menurut Kubler Ross, Organisasi mempunyai emosi yang berlainan apabila menerajui perubahan dalam organisasi sendiri. Antara emosi yang dikeluarkan oleh ahli organisasi adalah seperti penolakkan, terkejut  kekecewaan, kemurungan, ekperimen, keputusan dan intergriti.  Apabila berlaku perubahan dalam PdPc terutama dalam kemahiran KBAT, segelintir ahli organisasi menunjukkan emosi penolakkan dimana tidak mahu menerima perubahan. Sebagai pemimpin kami mengadakan soal selidik tentang tahap kesediaan guru dalam menanggani  cabaran KBAT dalam PdPc.  Bagi guru-guru yang beremosi terkejut  sebagai seorang PGB perlu mengetahui cara mengendalikan emosi guru tersebut secara positif  agar tidak membuat anggapan bahawa kemahiran  KBAT adalah satu perkara yang rumit. PGB perlu memberi peluang untuk mencari teknik penyoalan dalam kemahiran KBAT bersama-sama dengan ahli organisasi supaya tidak berasa emosi kekecewaan di kalangan guru semasa mengaplikasikan teknik penyoalan  kemahiran KBAT dalam PDPC. Emosi eksperimen mengaitkan cara mencuba  kaedah yang baharu dalam kalangan guru.  Maka PGB perlu memberi sokongan dan bimbingan bagi guru-guru yang beremosi ekperimen dengan dorongan dan bimbingan SISC+ . PGB perlu membina hubungan secara herhemah dengan mendekati guru yang  beremosi kemurungan dan memberi tunjuk ajar supaya menceburi diri dalam aktiviti kumpulan  tanpa mengasingkan diri. Bagi ahli organisasi yang beremosi keputusan , PGB perlu memberi penghargaan dan membantu mereka supaya bertindak secara aktif dan bersemangat sepanjang masa program dijalankan. Bagi mengawal emosi Integriti dalam kalangan guru, PGB perlu memberi ruang kepada guru supaya berkongsi idea dan maklumat bersama-sama untuk meningkatkan kualiti guru dalam kemahiran KBAT.

Pada akhirnya,  penggunaan alat pemantauan ‘One Page Project Manager’ (OPPM) yang ringkas dan dikandungi segala maklumat penting mengenai program KBAT perlu disediakan.  OPPM ini boleh digunakan sebagai alat untuk memantau dan menilai perubahan yang dilaksanakan dengan berkongsi bersama pihak pengurusan dan juga ahli organisasi yang lain. , PGB  sentiasa membuat pemantauan, mengadakan post mortem, membuat penilaian intervensi (Pintas) serta perlu memberi bimbingan berterusan untuk guru dalam menguasai kemahiran KBAT untuk meningkatkan kadar kemenjadian murid.











No comments:

Post a Comment