Wednesday, March 1, 2023

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM MENANGGANI DEPRESSI

       
 
Perasaan tertekan merupakan gangguan terhadap emosi yang sangat tidak menyenangkan. Tekanan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu tekanan emosi dan tekanan fizikal. Komponen emosi meliputi beberapa perasaan seperti kesedihan, kegembiraan, dan kebimbangan, manakala komponen fizikal merangkumi pernyataan badan seperti perasaan letih, rasa menggeletar, dan kesukaran untuk tidur.  Terdapat  tiga  jenis  tekanan  emosi  iaitu  depressi,  kebimbangan,  dan marah.  Depressi boleh dijelaskan sebagai perasaan sedih, rasa tidak dihargai, kesunyian, dan rasa terabai.  Kebimbangan pula dikenalpasti sebagai perasaan tegang,   tidak   tenang,   bimbang,   tidak   selesa,   dan   perasaan   terganggu. Pernyataan emosi yang ketiga iaitu kemarahan, merupakan kesan terhadap sesuatu masalah serta mempunyai hubungan yang signifikan dengan depressi dan kebimbangan.

 Tekanan fizikal pula boleh dilihat dalam konteks ketidakpuasan dan kesakitan.           

Tekanan ini boleh diuruskan menerusi dua kaedah iaitu kawalan diri dan sokongan sosial. Para pengkaji  mendapati bahawa individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan wang, pengurusan rumahtangga, dan beban kerja rumah, berbanding dengan individu yang kurang berpendidikan.  Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah  Hal ini disebabkan, kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkahlaku, emosi serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah.   Kawalan diri yang tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat dielak atau dijangkakan. Sokongan sosial merupakan komitmen, sikap mengambil berat, pemberian nasihat, dan bantuan yang diberi atau diterima sebagai sumbangan peribadi seseorang kepada individu yang memerlukan.

      Pendidikan yang baik amat penting dalam menjana sokongan sosial yang positif.   Hal ini disebabkan, pendidikan boleh memberi individu laluan kepada beberapa peranan dengan jaringan bebas yang akan menyemarakkan pelbagai potensi untuk hubungan yang lebih menyokong atau menguntungkan.Pendidikan juga boleh membantu individu mengekalkan hubungan yang bermakna dengan orang lain dalam kebanyakan situasi seperti pengurusan masalah, kebolehan berbincang, serta sikap bertimbangrasa dan bekerjasama.  Dalam keadaan yang lain pula, tahap sokongan sosial yang rendah terutamanya sokongan emosi, mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai tekanan psikologi seperti depressi, kebimbangan, dan tahap kesihatan yang rendah.


Ketegasan–diri merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan seseorang individu untuk mengawal hidupnya. ketegasan–diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang.  Dengan adanya ketegasan-diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan membebaskan diri daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah.   Ciri utama yang mendefinisikan ketegasan-diri   boleh   dikenalpasti   melalui   perkembangan   dan   pencapaian sebelas elemen yang saling berkait iaitu kemahiran membuat pilihan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membentuk dan mencapai matlamat, kemahiran mengurus diri, kemahiran memimpin, kawalan dalaman, sikap  positif terhadap  hasil  jangkaan,  kesedaran  diri,  dan pengetahuan diri.  Kebolehan dan kemantapan ketegasan-diri berupaya meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian pendidikan yang baik.


No comments:

Post a Comment